31 August 2010

With all my heart I love you, baby
Stay with me and you will see
My arms will hold you, baby
Never leave, 'cause I believe
I'm in love, sweet love
Hear me calling out your name, I feel no shame
I'm in love, sweet love
Don't you ever go away, it'll always be this way

Oh your heart has called me closer to you
I will be all that you need
Just trust in what we`re feeling
No stronger love in this world
Oh baby no, you`re my man, I`m your girl
I'll never go, wait and see, can't be wrong
Don't you know this where you belong
Sweet, sweet and lovely baby
Stay right here, never fear

26 August 2010

saya sayang awak

aku minat semua video-video zackzukhairi . semuanya boleh menyentuh hati . dia punya katun comel-comel . simple saja . mesej yang nak disampaikan pun sangat jelas .

ini video zackzukhairi.blogspot.com punya.. =)

aku ambil 1 video ni . jangan la nak ego sangat . lastly, apa pun tak dapat . luahkan sebelum terlambat oke ;p




24 August 2010

lost love

meski kita terpisah
namun cebisan kenangan
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yang berlalu menjadi
memori antara u and me
sewaktu kita together saling setia menyayangi
tanpa kenal erti jemu
kita telah bersama memijak tanah gersang
mengutip semangat suci
kini segala tersemat dalam sanubari
bersabarlah dengan ketentuan-Nya
mungkin ada rahmat yang tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah lumrah
kehidupan kita manusia
moga saat indah ku harap kan berulang lagi

Love story


combination yang menarik
His name is Kim Seh Hwang .
perghh... nak sainnn.......

** tutup song tepi ni dulu**




22 August 2010

Aku Lelaki EGO

mula-mula aku rasa malas nak baca sebab panjang sangat . disebabkan aku boring, aku layan jugak lah cerita ni . dan cerita dia buat aku tersentuh hati ... aku baca entri ni dalam facebook . dan aku copy paste .

..............................................................................................................................


Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,

dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah

. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”

tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”



Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,

“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”

Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,

“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”

pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.


Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

21 August 2010

awak yang bergelar sahabat


1 message received

opening..................



a : ko rsa kita kwn sampai bila ?
b : sampai mati !
a : kenapa ko cakap macam tu?
b : sebab aku sayang ko !
a : ko rasa jarak masa kita berkawan berapa lama ?
b : 5 minit lg !

si 'a' terdiam lalu bertanya lagi :

a :apa yang ko cakap ni ? 5 minit ? kata sampai mati...

lalu si 'b' hanya tersenyum . selepas 5 minit, si 'a' melintas di jalan raya . si 'a' hampir2 dilanggar kereta tapi diselamatkan oleh si 'b' . si b yang dilanggar, benar kata orang tua2, bila hayat hampir tamat, kita dapat rasakannya.
lalu 'b' berkata :

b : aku tepati janji aku. kita kawan sampai aku mati . lalu tersenyum gembira . akhirnya si 'b' menghembuskan nafas terakhir di pangkuan si 'a'...

si 'a' hanya mampu menangis .

hargai kawan-kawan yang kamu sayang, marka xkan kekal selamanya di sisi kita .


sender:
Fahana new
+6012*******

sent:
12:12PM
21-08-2010



dear hana,
my silence doesn't mean i forgot you . aku xbermaksud pon nak tinggal hang . aku bukan lupa hang . aku taw, hang rindukan aku

selama 10 tahun kita berkawan . aku dah anggap kita macam adik beradik . maafkan aku bersikap macam ni

i'll be your friend till the end,thats a
promise i plan 2 keep it no
matter what
I LOVE YOU

20 August 2010

erm

silent...
waiting....

*see my phone..
-nothing-

1 hour

2 hours

3 hours


............................

1 new message


i hope,its him.. maybe :) :)
emmm....not him :(

I MISS YOU BADLY..

my phone is waiting for your call, inbox for your sms, call register waiting for your miscall, my heart waiting for a good friendship before like this

why..

no message

no call

no misscall

"hey hey.. ! you awake ?".. no i taught myself to text in my sleep

when you wakes up someone go to sleep










everyday is the same
i still remember the day we meet

18 August 2010

facebook teknologi rare

bila zaman terlebih maju

aku rasa cukup "interesting" . aku kadang sampai takleh nk catch up dgn zaman serba canggih ni. benda yg paling maju aku nampak sekarang ni ialah facebook . mmg cukup canggih facebook ni. aku penah nampak ada mak yg suruh anak angkat kain kat penyidai pakai facebook. anak suruh mak beli kfc pakai facebook. member order nasik sebab malas nk keluar pakai facebook. aku dok rasa lepas lepas ni sistem sms dgn call mmg takleh cari makan dah. sebab semua benda dah pakai facebook. mmg cukup "interesting".

tp ni benda baru aku nampak kat facebook.


orang berdoa pakai facebook. mmg cukup canggih teruk3. aku rasa org sekarang lagi suka menaip facebook dari tadah tangan kat Tuhan.

Note : aku tgh tunggu org mintak cerai pakai facebook


17 August 2010

love to me



cinta dapat membuatkan kita bahagia, dan kadang-kadang ia sedih .
cinta jadi berharga kalau
diberikan kepada seseorang yang menghargainya.
Jadi jangan terburu-buru dan pilih yang terbaik !

Jangan ucap "I love you" kalau rasa xpeduli. Jangan main dengan
perasaan yang xpernah ada.

Jangan pernah menyelami hidup aku kalau
mende tu akan menghancurkan hati aku .

Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada
orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta,
sedangkan orang tu xberniat pun

Memang sakit kalau orang yang aku sayang
hidup bahagia dengan orang lain,
tapi lebih sakit lagi kalau orang yang
aku sayang tu xbahagia dengan a
ku.

Cinta akan menyakitkan bila berpisah
dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila dia lupakan aku,
tapi cinta akan lebih
menyakitkan lagi apabila seseorang yang aku
sayang xtahu apa yang sesungguhnya perasaan aku.

Yang paling menyedihkan dalam hidup adalah
menemukan seseorang dan jatuh cinta,
sedangkan dia bukan untuk aku
dan aku menghabiskan banyak waktu dengannya
untuk orang yang bukan milik aku


p/s : hargailah seseorang yang berada di didepan mata kita

"setiap pertemuan mesti ada sebab . bukan setiap pertemuan, even sangat indah pun, xbermakna akan kekal . kita banyak buat mistake masa kita bersama . and maybe perpisahan kita bermaksud , suruh kita belajar, and pengajaran untuk kita xlakukan silap yang sama . dan bukan itu saja, mungkin maksud perpisahan kita untuk lebih hargai pasangan kita "

cerita di warung mamak



27 Mac 2010 (Sabtu)

agak-agak kenapa aku buka cerita nih ?
a) punya pasal aku
b) aku bosan
c) mak aku paksa cerita
d) atas permintaan ramai

jawapannya sebab aku rindu kat korang . aku muntahkan balik apa yang ada dalam fikiran aku . err..time ni aku single . so kepala tak berapa nak betol . kalau ada boifren, mesti bf aku xbagi buat perangai macam ni kan kan kan . tapi antara kawan-kawan aku, aku sorang ja single . so xda masalah la sangat . kawan-kawan aku yang ada boifren semua pakai taktik kotor . memang dah taw, bf dorang xkan bagi aaa... paling best bila kantoi, campak henpon, baling baldi, tumbuk almari . hahahha..




ni on the way ke sedim . berhenti tepi jalan, then snap gambar .



dari kiri : akma, Dyla, Yuyun, Lina
tiada dalam gambar : Mot , Farah


yeahh . aku menyesal pakai baju tu mandi . badan aku burn abeh . berbelang . memang encem teruk3 .
jenuh aku nak baikpulih kulit aku pakai losyen
note : i tried out the new Extra Whitening Inner Cell Body Milk . ;p


sebelum bertolak ke sedim . gaya macam nak balik kampung . haha . dalam beg tu bawak barang picnic . LOL .


conteng arang di muka ! orang kata xbaik . bagi aku baik ja . haha . LoveLove gitu . wakaka
. sebelah aku tu dyla . kami cameraholic ! yeahhh~~


lepas balik sedim, going to......going to....KAROKE! yeahhh.. kan dah kata, karoke mende wajib. haha .
akma nyanyi lagu The Fabulous Cat-Rimas. aku diam ja . lepas tu aku menangis . selalunya aku yang xbetol dalam bilik karoke . lirik dia...emmmm.....ok, aku menangis . member-member aku dah taw da kenapa aku menagis . btw, suara kau akma memang best sampai boleh buat aku menagis . power la kau...haha .

1 hari suntuk kitorang main jalan . bukan selalu kan nak enjoy macam ni . after dat, study study study sampai lebam bam bam .

*kadang-kadang ada jugak tyme karoke, lepas tension study . karoke sampai tataw nak nyanyi lagu apa .
1 buku lagu dah khatam .

16 August 2010

jiwa luka cedera parah kuasa dua


Berani jatuh cinta perlu berani sakit hati. Yang namanya perasaan jatuh cinta datangnya tak dijemput dan tak ditolak .

aku sakit hati . entri memuntahkan perasaan . rasa macam buang masa ja kan . memang la bukan setiap hari aku sakit hati . Aku taw, kita tak boleh nak mengharap lebih-lebih sangat pada pasangan kita, sebab dia xkan boleh berubah sepenuhnya menjadi seperti apa yang kita inginkan . Kalau nak orang lain berubah, kita yang kena berubah dulu, kan. Dan masa tu, baru lah aku tahu betapa sukarnya nak berubah sebab aku dah biasa berada di zon selesa.

Dulu, masa still pegang title ‘single is easy’ sebok2 sangat nak berboifren. Tengok member-member yang berkapel macam sweet ja. Banyak kau punya sweet! Bila aku dah merasa berkapel buat kali pertama, bosan . Mungkin sebab aku yang ego kot. Nak kata sayang pun fikir berhari-hari. Nak mengaku rindu macam nak muntahkan balik apa yang aku makan . Memang sengal. Bila kali ke-3 pulak, thank god, remain sampai sekarang. Nak ucap kata-kata sayang dah tak macam dulu dah . Mudah untuk mengaku apa yang aku rasa. hati tengah berbunga kot . tinggal kejap pon tak boleh . kalau boleh hari-hari ja nak jumpa . tapi xkan la sampai hari-hari nak jumpa kan . takot jadi bosan plak .
kapel kalau xgaduh pon cam tak best gak . kalau dulu mesej 24/7 , now 1/3 . kenapa agaknya . bila jadi macam ni, macam-macam bersarang dalam mind aku . even dia kata, BUSY . it's ok, aku boleh terima ja . yang aku tak boleh terimanya is, BERGEDIK-GEDIK DENGAN PEREMPUAN LAIN . kalau ini dikatakan kes balas dendam, dipersilakan . dan aku sakit hati sekarang . puas la kau kan .

Anyway, kepada tuan punya badan yang aku cakapkan ni, jangan risau. Aku still sayangkan kau. Dan aku bukan jenis orang yang mudah berubah hati. Dan aku harap kau pun macam tu jugak. Tolonglah jangan sengal sangat dengan aku. Aku cepat menyampah la. Aku tahu, aku bukan perfect sangat untuk kau. Dan aku sedar, banyak yang kau tak suka dengan perangai aku ni . Aku mintak maaf dengan apa yang aku dah lakukan, yang buat kau terasa hati dengan aku. Aku tak berniat pun . Dan aku rasa kau pun tahu pasal tu. Bukan aku nak kau layan aku macam diva malaysia, miss universe ka apa ka . Tapi aku mintak kau luangkan masa untuk faham diri aku sepertimana aku berusaha untuk fahamkan diri kau tu . I love u .

Sekian .

15 August 2010

for HIM


"Come live with me and be my love,
and we will some new pleasures prove,
of golden sands,
and crystal beaches,
with silken lines and silver hooks..."

Love..
All my life I have read about it,
Dreamt of it,
Waited for it,
Cried for it,
Needed it...
Now with You,
I have found it.

yuyun is telling the truth.


1. Last beverage: carrot milk
2. Last phone call: syarq
3. Last text message: syarq
4. Last song you listened to: paramore the only exception
5. Last time you cried: last thursday

HAVE YOU EVER:
6. Dated someone twice: yesss!
7. Been cheated on: yap.and it was so fucking bad.
8. Kissed someone and regretted it: yes!
9. Lost someone special: yes!
10. Been depressed: yes!
11. Been drunk and threw up: nope!

LIST THREE FAVORITE COLOURS:
12. Black
13. White
14. purple


THIS YEAR HAVE YOU: (2010)
15. Made a new friend: yupyup!
16. Fallen out of love: yeahhh!hahaha.
17. Laughed until you cried: yess.haha.laughing gasss bebeh!
18. Met someone who changed you: yupyup!syarq,ahhh huuuu!
19. Found out who your true friends were: Atiqah Mohammad & Noor Fahana Abdullah
20. Found out someone was talking about you: yup,and the i felt like vomitting.
21. Kissed anyone on your friend's list: who want ?
22. How many people on your friends list do you know in real life: too many.
23. How many kids do you want?: four .yeah! and mostly boys.
24. Do you have any pets: ya,cat, tucen ciam!
25. Do you want to change your name: yeahhh! heli heli!
26. What did you do for your last birthday: hang out with friends.
27. What time did you wake up today: 11.30am awal en?hehe
28. What were you doing at midnight last night: chatting and mcj wif syarq.:)
29. Name something you CANNOT wait for: money.
30. Last time you saw your Mother: at home!

31. What is one thing you wish you could change about your life; my surrounding.!
32. What are you listening to right now : 30 seconds to mars the kill
33. Have you ever talked to a person named Tom: no!
34. What's getting on your nerves right now: its normal.
35. Most visited webpage: facebook n youtube n myblog
36. Whats your real name: nur idayu binti mohd radzi
37. Nicknames: yuyun @ ayu
38. Relationship Status: in a relationship
39. Zodiac sign: Pisces
40. Male or female?: female
41. Primary School?: SK Penaga , Penaga .
42. Secondary School?: SMK Sri Muda, SMT Seberang Perai, Bukit Minyak .
43. High school/college?: Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh.
44. Hair colour: black of course.( err..perang sikitsikit)
45. Long or short: not-so-long.
46. Height: 157cm pendek! ;(
47. Do you have a crush on someone?: yup!hehe:)
48: What do you like about yourself?: my eyes !
49. Piercings: one is enough!
50. Tattoos: WTF ?
51. Righty or lefty: RightyFIRSTS
52. First surgery: somewhere in 2000.
53. First piercing: 2007
54. First best friend: Noor Farhana
55. First sport you joined: netball.
56. First vacation: Penang.
58. First pair of trainers: tataw
59. Eating: yes
60. Drinking: No
61. I'm about to: Myself
62. Listening to: Aku bukan Pilihan Hatimu - Ungu
63. Waiting on: my money.
64. Want kids?: yup!
65. Get Married?: yup!
66. Career?: engineer,wahaha,tade kene ngn IT

WHICH IS BETTER :
67. Lips or eyes: both
68. Hugs or kisses: both,but im so into kissing,yeah!
69. Shorter or taller: Taller
70. Older or Younger: Younger
71. Romantic or spontaneous: both
72. Nice stomach or nice arms: both
73. Sensitive or loud: both
74. Hook-up or relationship: Relationship.
75. Trouble maker or hesitant: dunno

HAVE YOU EVER :
76. Kissed a stranger? : not sure.lalala.
77. Drank hard liquor: No
78. Lost glasses/contacts: no
79. Sex on first date: no
80. Broken someone's heart: yupp!
82. Been arrested: never!
83. Turned someone down: yupp!
84. Cried when someone died: yes and it was my nanny.
85. Fallen for a friend?: no.

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself: 79%
87. Miracles: absolutely!
88. Love at first sight: yeahhh!
89. Heaven: yess!
90. Santa Claus: nooo!
91. Kiss on the first date: yeahhh!
92. Angels: yeahhh!

ANSWER TRUTHFULLY:
94. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time: no!
95. Did you sing today?: yeahh!
96. Ever cheated on somebody?: yeah
97. If you could go back in time, how far would you go?: baby time!
98. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be?: err.. tanak . yang lepas tetap lepas
99. Are you afraid of falling in love?: yes
100. Posting this as 100 truths?: NO!