03 November 2010

"SEMPURNA"

cuba kau definisikan 'sempurna' . cubalah . terlalu subjektif sampaikan 'sempurna' kau, bukan 'sempurna' untuk aku, dan yang lainlain . aku dah fikirkan perkataan ni terlalu lama . cukup lama . aku came up with it does not even exist. tak pecaya?

sempurna memang tak wujud . pertamanya dan satusatunya, xada apa yang sempurna . jadi kenapa perlu ada idea tentang sesuatu tu sempurna, yang kita sendiri xtahu itu apa .

Orang tak sempurna kalau dia kadang-kadang buruk.
Orang tak sempurna kalau dia kadang-kadang bodoh.
Orang tak sempurna kalau dia kadang-kadang menangis.
Orang tak sempurna kalau dia makan berbunyi.
Orang tak sempurna kalau dia senyum sumbing.

kita memang tak sempurna . tapi pernah tak fikir, yang tak sempurna tu yang menjadikan kita cukup sempurna sebagai manusia yang memang xada sempurnanya . senang cakap, kalau kau sempurna, kau bukan manusia, kau Tuhan. Faham?

sebenarnya, yang ada cuma 'CUKUP' . bukan sempurna . Kalau kau reti cukup, maka dah lah. kau tak minta lebih. biasa dengar "kau sempurnakan aku" ? aku pun selalu guna. meh nak cakap, B^LLSH^T! kau dah sempurna . serius . tapi kadangkadang ada yang tak cukup . tu je. (rasa bodoh guna perkataan yang aku sendiri tak faham konsep ; sempurna)

yang ada sebenarnya cuma tak cukup ;
dia tak cukup cantik.
dia tak cukup pandai.
dia tak cukup kuat.
dia tak cukup tertib.
dia tak cukup manis.

tu je . sempurna atau tak seseorang tu, letaknya pada tahap mana kita mahu dia. Kalau standard bar yang kita letak untuk dia tinggi, memang sampai bilabila dia tak sempurna, sampai bilabila dia tak pernah cukup.

cuba kau fikir, mana ada orang yang cukup. kita manusia. Come on lah. xpayah tipu . kita akan belajar bercukup. dan masa tu baru rasa sempurna . kita cuma belajar bercukup, bukan belajar sempurna. Sebab sempurna tak wujud .



No comments: