18 February 2011

pentipu

Tipu,
Aku memang pentipu. Kan?


Tipulah kalau aku benci kau gila babi
sedangkan aku stalk facebook kau setiap hari,
Aku nak tahu apa kau buat itu dan ini,
Aku kisahkan gambar kau begitu begini,

Tipulah kalau aku benci kau sangat-sangat,
sedangkan aku mahu tahu apa yang kau buat setiap saat
Aku sanggup menunggu depan pc di malam pekat,
Setiap apa yang kau buat aku ingat.


Tipulah kalau aku benci kau dalam-dalam
kalau masih mengharap balasan sms kau dalam diam
kalau aku masih berhati remuk redam dalam diam
Kalau aku masih diam bila ditegur di setiap setengah jam.

Tipulah kalau aku benci kau
kalau masih berpaling bila ada yang sebut nama kau
Kalau aku masih rasa setiap kata kata kau,
kalau masih tengok orang lain dan nampak kau,
kalau masih tutup telinga dan dengar suara kau,
Kalau masih berjalan dan lihat kamu di sebelah aku,

dan harap boleh rangkul tangan kau dan bergelak ketawa di tempat lama itu.

Aku benci kau?

Kenapa kau percaya?






No comments: