31 August 2011

nasib raya


Amacam raya korang.. best? hari ni 2nd day eid mubarak..pergh...penat letih gila. aku layan kan aje...dengan macam-macam hal jadi duit raya aku hilang..aku tak kira berapa banyak duit raya..tapi aku rasa banyak. then, pakai lens tebalik. kalut-kalut nak keluar. camera digital tak boleh pakai, xde gambar family tahun nie =_=". macam pelik gila. haha...

ok, bai





30 August 2011

Raya weh!



Salam Aidilfitri aku ucapkan kepada followers/stalkers yang selalu menghabiskan masa dekat blog aku yang memang tak seberapa ni.Raya tahun ni memang lain macam baju raya macam tersalah beli, shopping last minute, orang wish kat handphone boleh kire dengan jari.hehe, sebab aku pakai nombor baru. xder orang tahu sangat.aku anggap,so everything went well :) untuk membe membe,budak budak rumah,yang banyak buat aku tergelak sem ni,untuk budak2 kelas,gua ucapkan selamat hari raya untuk lu orang.lu orang memang best.membe fb,twitter,membe datang dan pergi,selamat hari raya.mintak maaf dekat mak bapak lu orang dulu sebelum mintak maaf dekat membe membe okay?hihi :D dan untuk semua yang sedang/tengah membaca entri aku ni,aku ucapkan selamat hari raya,sudahlah aku nak pergi happy happy-an dengan family tersayang..,masa untuk membuat kerja ;p byeeeee! muahhhx!



25 August 2011

Kotak Hati




Pagi itu suram.Sangat suram.Bilik belly hanya disinari dengan lampu screen laptopnya yang
dibiar pasang hingga siang.Dibiar.Dikuatkan alunan Creep berulang ulang kali.Sesekali diulang gambar kenangannya bersama Ben.Belly biar semuanya itu hingga dia terlelap.Dia tidur beralaskan kertas kertas putih yang diconteng.Diconteng penuh dengan nama Ben.Ya,air mata keperempuanannya deras mengalir.Deras.

"Morning Ben"

Satu text dihantar.Diharap balasan.Diharap ada yang sedar kewujudan text itu.Diharap ada yang kisahkan morning text itu.Diharap ada yang punya hati untuk membalasnya kembali.Seharian Belly menunggu,tiada balasan dari Ben.

"Mungkin dia busy"

Monolog hati Belly dengan rasa sedapkan hati sendiri.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Bell, mari makan."

"Tak apa lah mak.Bell tak lapar,mak makanlah dulu''

"Sudahlah Bell,jangan diikutkan sangat perasaan tu"

Bell diam.Dia terus termenung. Mak berlalu pergi.Bell kunci pintu biliknya.Dia pandang cermin.Rambutnya yang diikat, dilepaskan. Dia ingat lagi bila dia bersama Ben,lelaki itu pesan;

"sayang jangan potong rambut taw baby,Bie suka rambut syg panjang mcm ni,syg nampak comel"

"Okay, syg takkan potong" kau dengan mak sama je. taksuka aku potong rambut. aku tak potong ni sbb aku sayang kau taw tak.

Ben pandang Belly.Dalam pandangannya,dan dia kucup dahi Belly.Belly senyum.Dan mereka berjalan pulang.

Benn,aku rindu kau.
Belly buka almari.Dia capai kotak.Kotak yang tersimpan segala barang - barang dia dan Ben.Surat - surat, hadiah -hadiah.Semua.Dia lihat semua itu kembali.Air mata perempuannya mengalir lagi.Entah untuk kali ke berapa.


---------------------------------------------------------------------------------------------


Nonaa,aku nak pergi 7e kejap ea?"

"Ha,okey.."


Langkahan Belly laju menghala ke 7e itu.Masuk sahaja ke kedai itu,terus dicapai Cadburry itu.Diambil dua.Coke itu juga dicapai dua.

"Lama aku tak makan Cadburry ni.Dah lama."

Monolog Belly sendirian.

Cadburry dan coke itu dibayar.Belly melangkah keluar.

Sampai dirumah, dia buka Cadburry itu perlahan-lahan.

Masa first time jumpa, cadburry ini lah yang Ben berikan untuk Belly.

Bila Belly merajuk, Ben akan bagi cadburry.

"Bell, Ben harap, Bell boleh terima dengan keputusan Ben"

Airmata Belly mengalir. digenggam erat jari-jarinya sendiri. Tidak tahu untuk membalas keputusannya.
Air matanya dikesat sendiri.

Ben kucup dahi Belly.betapa kentalnya hati Belly.dia berlalu pergi...hanya Tuhan tahu.sedihnya Belly bila lepas ini Ben sudah tiada utk menemaninya lagi. tak ada lagi yang mampu buat dia ketawa.tidak ada. tapi bagi Belly,Ben ada dalam hatinya untuk selamanya dan cintanya pada Ben tak akan pernah pudar.
TAK AKAN.


kau kau semua kena tahu. cinta itu tak semestinya bersatu.

Baju itu
Bau kamu
Senyuman itu
Suara kamu
Matahari itu
Bayang itu


Aku tak akan lupa Ben.


Semoga kau bahagia , Ben.

Dan Belly pun terlelap tanpa senyum dibibirnya lagi.




#1



Nak exam.Esok exam.Harap tak ada benda buruk buruk berlaku masa nak exam ni.Harap semua berjalan dengan lancar.I really need someone who will always calm me down.Kalau nak cari gaduh,cari gaduh lepas aku exam.Jangan menggatal nak jolok sarang tebuan time time macam ni.Memang serious cari nahas.Aku doakan korang korang yang nak exam tu berjaya jawab dengan tenang dan tenang.Sebenarnya aku sedih.Bestfriend aku takde kt sebelah aku time time mcm ni.Aku harap dia sihat bersama dia.



24 August 2011

;')

On fb.Nak cari link blogshop.TERtekan see friendship you with ______.Scroll sampai bawah.Naik atas balik.Tenung baca randomly.First senyum.Second minute,menangis sambil senyum.Haih.I miss you,friend.

22 August 2011

kakilike



Tahniah Penn Malek ! penuh wall aku dia like. apa yang isitimewanya KAKILIKE ni aku pun tak tahu. Aku kadang-kadang semak jugak budak kakilike ni. semua benda nak like kat page aku. Kepada yang berkenaan, Pergilah like kat wall yg korang rase boleh like. sebab aku tak suka. :) Tenkiu.



21 August 2011

talking to the moon



when I listening that song, surely remind me about him. Yeah, I MISS HIM :)


"Talking to the moon"


Amazing song i ever listen



I loved you once, I love you still, I always have, I always will…

20 August 2011

Nothing run smoothly




Betul lah,
Tak semua hati kuat,
Kadang kadang harus dilepas juga.

Betul lah,
Tak semua rasa kita perlu simpan,
Kadang kadang terhambur juga.

Dan kadang kadang,
tak semua yang kita cuba buktikan itu berbaloi untuk dibuktikan.



15 August 2011

QB QB QB

semalam buka puase ramai-ramai. kitorang makan ikan bakar kat penang, blah pulau. Aku, Maktam, Eja, Nabila...macam biase dgn partner diorang masing-masing.

And after that, da jumpe semua, time to gossip! nahh..macam-macam cerite asing-masing nak cerita. haha!

eh ehh...before that jenjalan shopping kat queensbay. Agak lame xlepak sane. Banyak gile sale! Aku nak shoppinggg semua kott!! tapi xkaye macam kau. haha.. duit loan aku xmasok lagi. lepas raya baru masuk. :( lambat ! xboleh la aku na coping raya...

saje la nak tunjuk aku meroyan kat queensbay nie. hee~ ok, da oleh muntah kott... haha :D



oke, sekian laporan saya, terima kasih .


ourhh, lupe nak cakap, sayep hanye beli perfume CK One (casey) ajep.. ;)



Marshanda - Sejuta Cinta




:'(

09 August 2011

love and lost


Hanya kau yang tahu dan fahami aku. Sampai bila bila pun. Kau lebih mengenali aku.










....Maafkan aku....






07 August 2011

Domo Kun




Aku nak Benda ni.. Aku tak tahu napa aku suke benda ni. Nak kate comel tak pun. Huhu..Tapi aku nakk..........





title apa yang sesuai?



Gloomy je minggu ni.Maybe sebab aku sorang je yang puasa and gelak sana gelak sini tapi others housemate mcm lemau and malas nak bergelak ketawa sangat wahaha.So macam kau sayu sorang sorang la sebab takde member nak gelak gelak.Masuk class pagi2 pon semua lemau dengan mengantuknya.Memang sangat nice. Nonaa di sebelah pon diam je tak byk cakap. Aku tak. Aku steady. Walao. Padahal mengantuk tak hingat. Ntah apa yang masuk dalam kepala nih. Then balik kelas tidur. bangun pegi bazar. Bazar kat permatang pauh best wehh. Aku boleh kenyang macam tu ajee tengok pakwe pakwe lalu lalang kat situ. Haha. tak takk =_= jangan surius sangat. aku boleh kenyang tengok banyak makanan kat situ. tak tahu nak beli makan buka puase mana satu. .Minggu ni aku balik rumah berbuka dengan parents aku. kenapa parent? kenapa tak family? sebab tinggal mak ayah aku je kat rumah. memang nikmat! untung lah kalau dapat berbuka puase hari hari dekat uma.





*Perasan tak gamba kat atas mcm xde kene mgena? Kbai.





ok, atas permintaan seseorang ni, suro aku hupdate belop. Aku pun tak tahu nak put down apa dalam nih. haha. rasa macam banyak cerita. banyak benda nak tulis. semuanya banyak..tapi apa pun tak tahu nak cerita mana satu. haha. sengal enn kau yuyun...

so, hari ni aku berusaha hupdate belop, sebab aku tengok macam dah berusang blog aku nih. aku nak clean clean balik tempat ni. ok! here we go~~!!



ehh

eh, ada satu yang benda paling overrated dalam dunia ni, benda
paling kelakar dalam dunia ni, benda paling serius dalam dunia ni,
benda boleh dibuat main main dalam dunia ni. all fall in a
one single word.


feelings.